Wednesday, April 22, 2009

SK Bintang




PENGENALAN








Terletak lebih kurang 87 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu dan 30 kilometer dari bandar Jerteh. Merupakan antara sekolah yang terawal dibuka dalam Daerah Setiu dan menjadi pintu masuk antara Besut dan Setiu.




Di bina dikaki bukit yang dikenali sebagai Bukit Bintang yang tersohor dengan lagenda kediaman Puteri Bukit Bintang yang tiada tolok banding dari segi paras rupa, keanggunan dan keayuannya. Berlatarbelakangkan bukit-bukau yang menghijau dan dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu seperti Kampung Alor Serdang,Kampung Baharu dan Kampung Bukit Gerebar.




Pelajar-pelajar SK. Bintang terdiri dari semua pelajar Melayu dimana majoriti pekerjaan penduduk adalah terdiri dari petani dan penoreh getah.








SEJARAH PENUBUHAN




Nama asalnya ialah Sekolah Umum Bintang. Ianya dibuka pada Mac 1957 hasil titik peluh penduduk Kampung Bintang di bawah pimpinan Encik Puteh bin Omar.


Sebuah bangsal berukuran 60 x 20 kaki , beratapkan nipah dan berdindingkan kayu setinggi 3 kaki telah dibina pada peringkat awal penubuhan dan telah menempatkan 50 orang murid di atas sebidang tanah seluas 6.133 ekar.


Oleh kerana bangunan yang tidak mencukupi, persekolahan dua sesi terpaksa dijalankan.Pada tahun 2002 sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan satu sesi setelah dua blok bangunan 2 tingkat siap dibina.


Pada sebelah petangnya murid-murid akan mengikuti kelas Fardhu Ain yang bermula pukul 2.30 petang.


Satu lagi sejarah tercatat dimana penubuhan Kelas Khas Bermasalah Pelajaran (KKBP) pada 16 Mei 2002. Peringkat awal hanya 10 orang pelajar dengan seorang guru. Akhir 2003 terdapat 24 orang pelajar dengan 3 orang guru.


Pada awal tahun 2005 ,Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bintang telah ditubuhkan. Bilangan kanak-kanak yang bersekolah disini adalah seramai 25 orang terdiri 10 lelaki dan 15 perempuan dengan seorang tenaga pengajar dan seorang pembantu.



No comments:

Post a Comment